Monday, December 27, 2010

Episod 2:Dibuli Dibackup dan Dibuli

Previously on Belog budak bulat : Permulaan yang bosan

Aku dan superhero
Menjadi sorang superhero memang tak lari daripada cita-cita budak-budak
yang berumur 5 tahun ke bawah.Tapi masalahnya aku yang dah tua bangka
ni pun masih ada cita-cita nak jadi superhero.Senget betul aku nih.
Pastu aku kalau boleh nak jadi 'superman' sebab best tau boleh
terbang-terbang jadi senang kalau tiba-tiba aku nak cari toilet time cirit birit.

Jadi misi aku nak jadi superhero takkan berakhir walaupun mak ayah aku
tak support cita-cita aku.Jadi suatu hari aku nak 'test' kuasa superman baru
aku iaitu terbang.Aku pun lincah-lincah susun dua kerusi menjadi satu
macam rancangan tari menari ape tu yang "dua hati menjadi satu" tu.

Dah susun-susun takkan nak bergambar plak dengan kerusi tu.Aku pun
Panjat.Panjat.Oh lupa nak gtau,sayap superman ni aku buat sendiri
pakai baju kurung mak aku.Pastu aku pun lompat dari kerusi tu.

Aku dapat rasakan aku sedang terbang.Aku sangat lah gembira sebab
aku ingat aku dah ada superpower.Rupanya masa tu aku dah pengsan.
Maknanya betul la mak aku kata kalau orang tengah pengsan akan rasa
macam tengah terbang.


Tentang Mat Jamban 
Aku memang tak faham betul dengan sorang mamat kat skolah aku nih.
Muka dia takde lah hensem sangat tapi sekali dia lalu kat budak-budak
perempuan je semua awek-awek cun akan melekat kat dia macam magnet.
Jadi aku rasa dia ada letak satu magnet besar kat belakang badan dia.

Kalau nak tau,nama dia Mat Jamban.Tengok tu,buruk kot nama dia.Tapi 
aku sorang je la yang panggil dia mat jamban.Orang lain semua panggil 
dia mat jambu.Aku memang dari dulu lagi tak puas ati dengan dia
sebab kalau kira dari peratus ke'hensem'an aku jauh tinggalkan dia kot.
Tak caya tengok gambar ni.Kan betul aku kata..


Tentang Semut
Jadi aku pun fikir cara camne nak tumpaskan mat jamban nih.
fikir punya fikir punya fikir tiba-tiba aku terfikir benda lucah pulak.
Eh takde lah aku tipu.Aku pun tak tau apa itu maksud 'lucah'.Sebenarnya
aku terfikir pasal member aku,'si semut'.Tapi dia bukan semut,tapi dia 
semut.Apa ni?

Kalau nak kenal,Si Semut ni orangnya sangatlah lemah.Dengan mata
dia yang layu,pipi yang kurus,badan tak se'tuff' badan aku dan sebagainya.
Pendek kata memang macam semutlah dia ni.And 1 lagi,dia ni memang
mangsa pembuli no.1 kat sekolah ni.Aku dah banyak kali
tengok dia kena buli tapi aku tak dapat buat pape.

Tengok muka dia,rasa cam nak bagi pelempang tak?

Aku 'superhero'
Yeah!!Tiba-tiba aku ada idea camne nak tarik perhatian cewek-cewek
kat sekolah aku sebab aku tau setakat badan aku yang 'tuff' ni tak 
cukup untuk menawan hati diorang.So super master plan aku adalah
apabila si semut kena buli aku akan datang membantu dia.Pastu nanti 
mesti semua budak-budak suka aku.

Aku pun tunggu lah.Pastu ahah!aku nampak dah si semut tu kena buli
kat belakang kantin sekolah.Aku pun terus ikat kain baju kurung(sayap superman)
mak aku kat leher aku pastu terus aku serbu samseng-samseng tu.

Skali aku tengok punyalah besar badan samseng-samseng tu.
aku pun terus bukak langkah seribu tapi tak sempat. baru 2 3 langkah
je dah kena tangkap.

Last-last dengan aku yang 'superhero' ni skali kena belasah.Naseb baik aku tuff
Tolong jangan tengok muka aku,aku tau sekarang muka aku
hodoh.


Pastu aku pun cepat-cepat balik rumah.Mak aku tanya kenapa lebam?.
Aku jawab aku aku jatuh dalam parit.Aku tipu sebab kalau aku cakap
aku gaduh lagi la aku kena belasah dengan mak aku.

Mak aku tanya lagi,"Kan kita baru pindah ke KL ni,mana ada parit"

Eh ahh ya,terlupa pulak mana ada parit kat KL nie.
Pastu apa terjadi pada aku?
Korang rasa??


~Bersambung~ 


Share Kalau suka,

11 comments:

  1. blog ni unik dgn post mcm ni. saya suke.. buat saya ketawa2 dn mcm baca komik hehe

    ReplyDelete
  2. setuju ngan nazihasa, boleh jual ni...

    ReplyDelete
  3. Heee....mau kongsi kat facebook..ngamcam tak mr.circle?

    ReplyDelete
  4. bolelaaa..buat ak gelak ngen mr. circle n..
    huhuhu...mr circle lain kali msuk raje lwk online k..hihiihihi

    ReplyDelete
  5. haha ! lawak laa incik bulatt nie.. erk, blog nie da macam my laughing gas plak.. ~

    ReplyDelete

Haa!Komen Komen,Jangan Tak Komen,
Kalau boleh ajak dengan posmen-posmen skali..